Peta Pemikiran


Peta pemikiran ialah satu daripada pelbagai jenis alat berfikir. Peta i-THINK diperkenalkan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid berinovasi.Diperkenalkan pada 1970, guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi. 



Terdapat 8 jenis peta pemikiran. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang sesuai mengikut tajuk atau unit pelajaran.

Peta pemikiran berkenaan ialah :

1. Circle Map/ Peta Bulatan 



Berikut ialah peta bulat yang dinyatakan. 
Ia digunakan untuk menyenaraikan semua maklumat atau idea berkaitan sesuatu konsep atau tajuk kecil dibincangkan.

2. Bubble Map/ Peta Buih



Berikut adalah peta buih yang digunakan untuk menyenaraikan kata sifat/ adjektif berkaitan sesuatu konsep atau tajuk yang dibincangkan.

3. Double Bubble Map/Peta Buih Berganda


Berikut ialahpeta buih berganda yang dinyatakan. 
Ia digunakan untuk menyenaraikan persamaan dan persamaan dan perbezaan berkaitan konsep ataumenyenaraikan persamaan dan perbezaan berkaitan sesuatu konsep atau tajuk yang dibincangkan.


4. Tree Map/Peta Pokok




Berikut adalah peta pokok yang digunakan untuk mengkategorikan atau mengelaskan sesuatu konsep atau tajuk yang dibincangkan.


5. Brace Map/ Peta Dakap


 Berikut adalah Peta Dakap yang dinyatakan.
 Ia digunakan untuk menilai atau menganalisis sesuatu konsep atau tajuk secara mendalam dan menghubungkaitkan dengan bahagian-bahagian berkenaan. Poses berfikir dalam peta dakap ialah membuat pengelasan.


6. Flow Map/Peta Alir



Berikut adalah peta Alir yang digunakan untuk menunjukkan urutan atau langkah sesuatu proses, perkaitan, dan urutan sesuatu konsep atau tajuk. Proses berfikir yang digunakan dalam peta alir adalah membuat urutan sesuatu konsep.


7. Multiflow Map/ Peta Pelbagai Alir



Berikut adalah peta pelbagai alir yang digunakan untuk menilai atau menganalisis sesuatu konsep atau tajuk secara mendalam dan menghubung kaitkan dengan bahagian-bahagian berkenaan. Proses berfikir yang digunakan dalam dalam peta pelbagai alir adalah untuk menunjukkan sebab dan akibat.


8. Bridge Map/Peta Titi


 Berikut adala Peta Titi yang digunakan untuk membuat dan mencari pehubungan antara sesuatu konsep dengan konsep yang lain. Peta proses berfikir yang digunakan dalam Peta Titi adalah membuat analogi (hubungn yang sama, mencari faktor penghubungan)



Demikianlah 8 jenis peta pemikiran. Fungsi peta pemikiran yang berbeza dan pengaplikasian dalam bidang pendidikan  mampu menjana generasi yang mempunyai minda kelas pertama.

Generasi minda kelas pertama adalah harapan negara bangsa

No comments:

Post a Comment

Home

Selamat Datang Ke Blog Saya

.   Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera, Bermulanya bunyi menjadi aksara, Daripada aksara terbentuklah kata, Kata mem...