Apa itu Alat Kemahiran Berfikir?
Alat Kemahiran Befikir ialah instrumen pembantu diri untuk menggunakan minda secara berkesan dan sistematik. Pada alaf ini, alat kemahiran berfikir merupakan instrumen pendidikan yang sangat penting untuk membantu para pelajar dalam pelbagai aspek, antaranya ialah :
a) Membantu menyelesaikan masalah dan proses membuat keputusan
b) Membuat generalisasi
c) Membuat perbandingan antara pelbagai maklumat
d) Membanding, membeza serta membuat inferens
e) Memastikan penerimaan ilmu yang berkesan
f) Meningkatkan kreativiti pelajar
g) Membentuk pelajar yang bersistematik
Selain itu, alat kemahiran berfikir juga merupakan instrumen untuk meningkatkan keupayaan minda dengan :
a) Menyampaikan idea dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami
b) Melatih seseorang untuk berfikir dengan lebih berkesan
c) Mengelakkan membuat keputusan dengan terburu-buru
Terdapat pelbagai jenis alat berfikir. Antaranya ialah :
a) Peta Minda
b) Grafik
c) CoRT
d) Pemetaan I-Think
No comments:
Post a Comment