Kelemahan


KELEMAHAN PETA PEMIKIRAN


Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Setiap perkara akan ada pro dan kontra. Walaupun peta pemikiran i-THINK mempunya banyak implikasi positif , mendapat sambutan dan diguna pakai oleh pelbagai negara merentasi dunia, terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan yang ditunjukkan melalui peta pemikiran i-THINK ini. Walau bagaimanapun, kelemahan ini hanya memberi kesan kepada peratus yang amat sedikit kepada golongan pelajar.


Antara kelemahan Peta Pemikiran ialah :

1) Pengambilan Masa Yang Terlalu Lama Dalam Membuat Nota




Umum mengetahui peta i-THINK memerlukan nota yang ringkas dan padat untuk disiapkan. Justeru, murid-murid akan menggunakan masa yang lama dan lebih untuk merujuk kembali pelajaran yang telah dipelajari lalu memadatkan bahan tersebut menjadi pendek dan bermakna. Setelah itu, murid-murid terpaksa pula meyalin kembali nota-nota yang telah dipadatkan dalam bentuk formpat peta i-THINK

2) Hanya Mampu Difahami Oleh Individu Yang Membuat Nota



Umum mengetahui, peta I-THINK merupakan penggunaan alat pemikiran dalam pembuatan nota yang sangat ringkas. Kadang kala, nota-nota ini hanya mampu difahami oleh individu yang membuat nota sahaja kerana penggunaan istilah dan kata kunci. Oleh itu, susah bagi orang lain yang mahu meminjam dan menjadikan sesetangah peta i-THINK yang telah dilakukan sebagai rujukan. Maka, peta i-THINK tidaklah mesra pengguna secara sepenuhnya

3) Individu Yang Beikiran Logikal Menghadapi Kesukaran Untuk Mngguna Dan Memahami Peta i-THINK


Sesungguhnya, umum mengetahui, peta i-THINK mempunyai banyak kebaikan, namun bagi golongan berfikiran otak kiri, (bersifat logistic, rasionalistik, bijak mengimbangi ratio) sukar memahami nota ringkas. . Golongan ini memerlukan keterangan yang lebih lanjut supaya mereka boleh faham isi-isi penting yang mereka pelajari.Mereka tidak dapat menghuraikan nota-nota tersebut dengan berkesan.



No comments:

Post a Comment

Home

Selamat Datang Ke Blog Saya

.   Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera, Bermulanya bunyi menjadi aksara, Daripada aksara terbentuklah kata, Kata mem...