KEKUATAN PETA PEMIKIRAN
Saya seorang pelajar dan
bercita-cita untuk menggapai impian sebagai seorang pendidik. Justeru,
berdasarkan pengalaman sendiri dan sumber rujukan serta kajian daripada
pelbagai pihak,kesan daripada pelbagai jenis alat berfikir telah dinilai dan
dikaji.
Hasilnya, peta pemikiran i-THINK merupakan satu daripada alat berfikir
yang memberikan impak yang besar terhadap diri saya, murid-murid dan guru
secara amnya.
Antara kekuatan peta pemikiran ialah :
1) Meningkatkan Kreativiti Individu
Umum mengetahui, peta i-THINK melibatkan grafik, lukisan dan tulisan
yang menarik yang akan mengaktifkan sel-sel di otak kanan. Fungsi otak kanan
bertanggungjawab dalam emosi, daya intuisi, daya kreativiti, kesenian,
kemampuan refleksi, daya ingatan, keperibadian dan sebagainya
Otak kanan juga bertanggungjawab kepada ‘Emotional Quotient’ (EQ) yang
menjadi kayu ukur tahap kecerdasan emosi
2)Membentuk Individu Yang Bersistematik
Pengaplikasian peta i-THINK mengikut format yang betul mampu mendidik individu untuk melakukan sesuatu perkara mengikut aturan yang ditetapkan. Bagaimana? Individu akan membiasakan diri dengan mengambil nota melalui konsep peta pemikiran yang diajar melalui sistem pendidikan negara seawal usia 7 tahun lagi. Hal ini seterusnya akan membetuk peribadi yang berdisiplin selaras dengan kehendak dan keperluan negara untuk membentuk generasi yang berkualiti.
3) Penyampaian Maklumat Secara Berkesan
Peta i-THINK memaparkan nota yang padat, ringkas, berwarna-warni dan menarik dalam 8 versi peta pemikiran. Penggabungan nota dengan format peta i-THINK seperti anak panah atau warna yang berbeza mampu memudahkan seseorang untuk menghubungkaitkan sesuatu topik dengan isi-isi penting serta subtopiknya. Justeru, proses untuk mengingat dan mengimbas kembali untuk merujuk kembali data yang telah disimpan setelah proses pembelajaran dapat dilakukan melalui pembelajaran visual.
4) Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Dapat Dicungkil.
Peta i-THINK yang mempunya 8 jenis dan fungsi berbeza memastikan murid-murid tidak lagi membuat nota secara membuta tuli. Sebaliknya, peta i-THINK membincangkan tentang siapa, apa, mengapa, bagaimana, kronologinya, dan faktor- faktor berkaitan dengan sesuatu pembentukan sesuatu pembentukan informasi yang menyebabkan murid-murid memberi fokus ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta
No comments:
Post a Comment